Wednesday, 9 September 2015

AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN

SEPTEMBER 2015 - Sempena menyambut Bulan Kebangsaan. Pihak sekolah bersama murid murid menghasilkan bendera Malaysia sepanjang 138.34 meter. Untuk rekod kelas yang mengambil bahagian adalah 3 Amanah, 4 Bestari, 4 Amanah, 5 Amanah dan 6 Bestari. Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat menyerapkan semangat kenegeraan dalam hati generasi pewaris bangsa.






Wednesday, 19 August 2015

MAJLIS PENYERAHAN
JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2015

20 OGOS 2015 - Majlis penyerahan jadual dilaksanakan oleh Guru Besar SK Puchong, Cik Noor Zilah Binti Mohamad Rejab.









SELAMAT MENYAMBUT
BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG


Monday, 18 May 2015

PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG



ISNIN 18 Mei 2015 - Sekolah melaksanakan majlis pelancaran sambutan hari guru 2015 dengan tema Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

 Tandatangan oleh : Cik Noor Zilah Bt Mohamad Rejab
Guru Besar SK Puchong

Tandatangan oleh : En. Razali Bin Hashim
Pegawai PPD Petaling Perdana

 Tandatangan oleh :
Guru-guru SK Puchong

Saturday, 7 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN 2015

24 JAN 2015 - Unit Disiplin SK Puchong telah melaksanakan Kursus Kepimpinan 2015. Kursus ini melibatkan semua ketua kelas dan pengawas dari semua unit seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pendidikan jasmani dan pengawas surau. Taklimat kursus telah disampaikan oleh consultant Wirajaya Excellence Consultancy.
Sedikit sedutan untuk warga SK Puchong disediakan di bawah.













Thursday, 5 February 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
2015

Program transisi tahun satu adalah program wajib Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah program khas untuk murid-murid tahun 1 dan dilaksanakan pada awal persekolahan. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan kepada murid-murid tahun 1 untuk hadir kesekolah. Program ini disusun khas melibatkan sukatan yang telah dinilai keberkesanannya dari segi objektif dan dan latihan praktikal. Segala aktiviti yang terkandung di dalam program ini disusun untuk memberi pendedahan komunikasi, persekitaran dan aspek pendidikan formal kepada murid itu sendiri.
Sedikit sedutan aktiviti pelajar di sediakan untuk tatapan ibu bapa dan ahli keluarga SK Puchong.














Monday, 8 December 2014

CUTI SEKOLAH

Kemana pergi semua guru dan murid-murid SK Puchong sepanjang cuti sekolah pada tahun ini. Jika anda ker....


Pantai Timur

Semoga anda tidak terlibat dalam situasi ini

 Pantai Barat


Jem sudah pasti bukan pilihan 

Utara


Semoga anda berkesempatan dengan suasana ini

Selatan


Jika anda berkemampuan, jemputlah kesini

Walau apa pun yang anda lakukan, jaga diri, hiasi peribadi, jangan lupakan sekolah dan yang pasti semoga kita berjumpa lagi.