Thursday 10 March 2016

PELANCARAN NILAM 2016

11 Mac 2016 - SK Puchong memulakan langkah berilmu apabila dengan rasminya melancarkan Program NILAM Sekolah. Dengan matlamat untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid.


 

Tuesday 8 March 2016

TERUJA DAPAT MELIHAT GERHANA MATAHARI

TERUJA DAPAT MELIHAT GERHANA MATAHARI


09 Mac 2016 - Murid-murid SK Puchong berkumpul untuk melihat gerhana matahari separa yang berlaku sekitar jam 8.00 pagi. Fonomena yang jarang berlaku ini menjadi satu pengalaman yang bermakna untuk murid-murid bagi merebut peluang melihat kejadian ini secara langsung. Bagi murid lelaki peluang ini digunakan untuk melaksanakan solat sunat gerhana buat pertama kali.

Guru Besar "Zahir yang tidak terucap apabila berluang melihat Kebesaran Allah". Katanya bila ditanya.

















KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD PETALING PERDANA

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD
PETALING PERDANA

6 Feb 2016 - Pasukan Sepak Takraw Sekolah membawa pulang berita gembira apabila muncul Naib Juara Kejohanan Sepak Takraw MSSD Peling Perdana. Kejohanan ini dilangsungkan di SMK Seksyen Sebelas Shah Alam pada 05 dan 06 Feb 2016.


















KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PETALING PERDANA

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSD PETALING PERDANA


03 Mac 2016 - Hari ini pasukan bola sepak SK Puchong menamatkan saingan di peringkat kalah mati suku akhir MSSD. Siapa sangka pasukan kerdil ini berjaya sampai hingga peringkat ini dan mampu berada dalam kelompok 8 pasukan terbaik daripada 87 pasukan yang mengambil bahagian setelah bergelar Juara di Peringkat Kumpulan dan Naib Johan Zon Puchong. Tahniah dan cuba lagi tahun depan.




Monday 7 March 2016

SUKAN MSSD PETALING PERDANA

SUKAN MSSD PETALING PERDANA
OLAHRAGA
Mac 2016 - Adalah menjadi tradisi bagi SK Puchong mengambil bahagian di dalam Sukan Olahraga MSSD Petaling Perdana pada setiap tahun. Pada tahun ini, sekali lagi SK Puchong pulang dengan pingat. Nur Fairus Yusra menjadi wakil tunggal yang pulang dengan pingat gangsa melalui acara Lontar Peluru Perempuan P4. Walaupun tiada pingat melalui acara lain, tetapi saingan yang diberikan adalah sengit dengan hampir semua acara melepasi peringkat akhir dan berada dalam kelompok 8 terbaik. Tahniah kepada semua yang mengambil bahagian.

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG
29 Januari 2016 - Sekolah telah melaksanakan aktiviti Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan dengan jayanya dengan lebih dari 90% murid mengambil bahagian. Kejohanan ini terpahat dalam lipatan sejarah sekolah apabila ia buat kali kedua disertai oleh murid tahun 1 hingga 6.