Saturday 12 September 2015

LATIHAN SUKAN TAHUNAN 
vs JEREBU

13 SEPTEMBER 2015 - Dengan Temasya Sukan Tahunan yang semakin hampir tiba, pelbagai persiapan telah mula digerakkan bagi memastikan aturcara berjalan dengan baik. Utarcara yang paling penting iaitu latihan sukan sudah mula berjalan. Semangat guru sudah berkobar, semangat murid sudah dicanang.

 

    Kini tiba-tiba negara dilanda musibah jerebu. Dengan indeks IPU (Indeks Pencemaran Udara) berada disekitar 100 hingga 140 telah menyebabkan berlakunya gangguan aktiviti luar dan semua perancangan yang telah disediakan sebelum ini.
Jerebu di Kuala Lumpur - Gambar Fail
      Kami mengharapkan semoga keadaan ini tidak berpanjangan dan berubah menjadi lebih baik dan segala aktiviti yang tergendala dapat berjalan kembali.

Thursday 10 September 2015

ANUGERAH KEHADIRAN CEMERLANG
PRA SEKOLAH 2015

07 SEPTEMBER 2015 - Pihak Pra Sekolah SK Puchong mengadakan majlis penyampaian anugerah kecemerlangan kedatangan bagi penggal pertama 2015. Majlis ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid - murid yang cemerlang di dalam kehadiran ke sekolah sepanjang penggal 1. Majlis ini juga bertujuan untuk memberi motivasi kepada murid-murid pra khususnya untuk hadir ke sekolah.

 
 

 
 

 
 

 
 

Wednesday 9 September 2015

AKTIVITI BULAN KEBANGSAAN

SEPTEMBER 2015 - Sempena menyambut Bulan Kebangsaan. Pihak sekolah bersama murid murid menghasilkan bendera Malaysia sepanjang 138.34 meter. Untuk rekod kelas yang mengambil bahagian adalah 3 Amanah, 4 Bestari, 4 Amanah, 5 Amanah dan 6 Bestari. Tahniah kepada semua yang terlibat. Semoga aktiviti ini dapat menyerapkan semangat kenegeraan dalam hati generasi pewaris bangsa.






Wednesday 19 August 2015

MAJLIS PENYERAHAN
JADUAL PEPERIKSAAN UPSR 2015

20 OGOS 2015 - Majlis penyerahan jadual dilaksanakan oleh Guru Besar SK Puchong, Cik Noor Zilah Binti Mohamad Rejab.









SELAMAT MENYAMBUT
BULAN KEMERDEKAAN MALAYSIA
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG


Monday 18 May 2015

PELANCARAN SAMBUTAN HARI GURU
PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG



ISNIN 18 Mei 2015 - Sekolah melaksanakan majlis pelancaran sambutan hari guru 2015 dengan tema Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

 Tandatangan oleh : Cik Noor Zilah Bt Mohamad Rejab
Guru Besar SK Puchong

Tandatangan oleh : En. Razali Bin Hashim
Pegawai PPD Petaling Perdana

 Tandatangan oleh :
Guru-guru SK Puchong

Saturday 7 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN 2015

24 JAN 2015 - Unit Disiplin SK Puchong telah melaksanakan Kursus Kepimpinan 2015. Kursus ini melibatkan semua ketua kelas dan pengawas dari semua unit seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pendidikan jasmani dan pengawas surau. Taklimat kursus telah disampaikan oleh consultant Wirajaya Excellence Consultancy.
Sedikit sedutan untuk warga SK Puchong disediakan di bawah.