Saturday 7 February 2015

KURSUS KEPIMPINAN 2015

24 JAN 2015 - Unit Disiplin SK Puchong telah melaksanakan Kursus Kepimpinan 2015. Kursus ini melibatkan semua ketua kelas dan pengawas dari semua unit seperti pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, pengawas pendidikan jasmani dan pengawas surau. Taklimat kursus telah disampaikan oleh consultant Wirajaya Excellence Consultancy.
Sedikit sedutan untuk warga SK Puchong disediakan di bawah.













Thursday 5 February 2015

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1
2015

Program transisi tahun satu adalah program wajib Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini adalah program khas untuk murid-murid tahun 1 dan dilaksanakan pada awal persekolahan. Program ini bertujuan untuk membina keyakinan kepada murid-murid tahun 1 untuk hadir kesekolah. Program ini disusun khas melibatkan sukatan yang telah dinilai keberkesanannya dari segi objektif dan dan latihan praktikal. Segala aktiviti yang terkandung di dalam program ini disusun untuk memberi pendedahan komunikasi, persekitaran dan aspek pendidikan formal kepada murid itu sendiri.
Sedikit sedutan aktiviti pelajar di sediakan untuk tatapan ibu bapa dan ahli keluarga SK Puchong.